Pin me!

Tuesday 15 October 2013

Recipe: Italian Wonderpot (Cara paling mudah memasak pasta)

Secara peribadi, saya tidak suka menggunakan sos2 pasta segera seperti preggo etc. bila memasak pasta. Ini kerana saya tidak tahu berapa banyak kandungan pengawet yang digunakan dalam makanan tersebut. Walaupun produk tersebut mendakwa ia adalah semulajadi/natural/organic, tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya percaya. Satu artikel baru2 ini menyatakan sekiranya ada cop/simbol FDA appproved sebagai semulajadi/natural/organik barulah ianya betul.

Ini adalah cara memasak pasta paling mudah yang saya jumpa baru2 ini.




Caranya, masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga 15 minit. Saya cuba ambil gambar di bawah seperti gambar dalam blog yang saya jumpa. Resepinya yang penuh ada di bawah ini.


Pasta yang sangat mudah, berkrim dan sangat sedap. Cara masakannya tidak seperti kita masak pasta yang biasa (spagetti bolognaise etc.).


Pada mulanya saya jumpa resepi ni dalam Marthastewart FB. Tapi tak sempat nak cari resepi tu sebab dulu gun atablet utk browse internet. So, macam2 application/web design yang tak compatible dengan tablet. Sekarang je sempat tengok bila husband asyik sebut nak makan pasta.

Saya buat ni dah dua kali, sebabnya...sangat senang tapi sangat sedap dan yummy2!!

Original resepi dari budgetbytes.com. Tapi saya buat sedikit perubahan. Sebenarnya resepi ni vegetarian, tapi kalo nak letak daging ke ayam ke seafood pun ok. Kena pandai2 adjust timing masak je la. Rasanya boleh eksperimen dengan macam-macam sayuran lagi; cendawan, bell pepper dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan:
  • 4 cawan stok sayuran/ayam/daging etc. air kosong pun boleh
  • 2 camcabesar minyak zaitun 
  • 350 gram fettucini 
  • sedikit bayam (saya letak celery)
  • 2/3 biji tomato
  • 1 biji bawang besar saiz medium 
  • 4 biji bawang putih 
  • ½ camcabesar basil 
  • ½ camcabesar oregano 
  • ¼ sudu kecil serbuk/flakes cili kering (saya eksperimen dengan serbuk paprika, sedap)
  • lada hitam yang ditumbuk (tak masukkan pun)
  • sedikit feta cheese (tak masukkan sebab tak ada) 
  • 200 gram daging (tambahan sendiri)
  • 3-4 camca besar susu segar (tambahan sendiri)
Instructions
  1. Patahkan fettucini tu kepada separuh untuk mudahkan kacau nanti. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali susu.
  2. Pastikan air tu elok2 je melepasi semua bahan-bahan tadi. Tutup periuk dan buka api yang paling besar. Biarkan sehingga periuk betul2 mendidih, dan kurangkan api ke medium.

  3. Biarkan periuk terus mendidih tanpa penutupnya, agak-agak dalam 10-15 minit. Kacau la sekali sekala. Tambahkan susu. Kacau sehingga air kering dan pasta menjadi berkrim. Then, siap dan boleh dihidangkan. Kalau ada feta cheese tu boleh la tabur2kan untuk dihidangkan.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment