Secara peribadi, saya tidak suka menggunakan sos2 pasta segera seperti preggo etc. bila memasak pasta. Ini kerana saya tidak tahu berapa banyak kandungan pengawet yang digunakan dalam makanan tersebut. Walaupun produk tersebut mendakwa ia adalah semulajadi/natural/organic, tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya percaya. Satu artikel baru2 ini menyatakan sekiranya ada cop/simbol FDA appproved sebagai semulajadi/natural/organik barulah ianya betul.
Ini adalah cara memasak pasta paling mudah yang saya jumpa baru2 ini.
Caranya, masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga 15 minit. Saya cuba ambil gambar di bawah seperti gambar dalam blog yang saya jumpa. Resepinya yang penuh ada di bawah ini.
Pasta yang sangat mudah, berkrim dan sangat sedap. Cara masakannya tidak seperti kita masak pasta yang biasa (spagetti bolognaise etc.).